Monday, August 22, 2011

Ahmad Nawab bin Syamsul Subkidin Baki

Ahmad Nawab sedang berkira-kira untuk meluahkan perasannnya terhadap makcik kantin sekolah depan rumahnya, Sherry. tak padan dengan makcik kantin, nama macam artis.

"Hi,Sherry. buat apa tu. goreng keropok ke. keropok ikan eh. saya paling suka keropok ikan. saya baru bangun nh, sebenarnya saya ada benda nak cakap. tadi saya mimpi awak. sebenarnya dah banyak malam jugak saya mimpi awak. entah lah, kebelakangan ni saya selalu fikir pasal awak. selalunya hari isnin lah saya fikir pasal awak, hari selasa pun sama jugak. bila hari minggu banyak sikit dari hari rabu dengan khamis. hari jumaat saya pergi semayang jumaat. saya sebenarnya suka awak. awak cantik dan baik. awak goreng keropok sedap. terutamanya keropok ikan. awak suka saya?"

Ahmad Nawab type pada henfonnya. belum send lagi, Ahmad Nawab baca balik apa yang ditulisnya. takut2 kalau ada tersalah tulis ke kan. selepas baca, Ahmad Nawab membuat beberapa potongan kepada ayat yang tidak perlu ala2 editor di Random House agar luahan perasaaan ini kedengaran lebih padu di henfon milik Sherry


"Hi,Sherry. buat apa tu. goreng keropok ke. saya baru bangun nh, sebenarnya saya ada benda nak cakap. tadi saya mimpi awak. sebenarnya dah banyak malam jugak saya mimpi awak. entah lah, kebelakangan ni saya selalu fikir pasal awak.saya sebenarnya suka awak. awak cantik dan baik. awak goreng keropok sedap. awak suka saya?"


okay kali ini punya lebih mantap bilang Ahmad Nawab dalam hati. dah buang segala hari2 apa yang pukimak tidak perlu sebentar tadi. hal keropok ikan juga sudah dipendekkan. nak send ke nh. aish baca balik lah kata Ahmad Nawab dalam hati. Ahmad Nawab nh asek kata dalam hati je.


"Hi,Sherry. buat apa tu. goreng keropok ke. saya baru bangun nh.saya sebenarnya suka awak. awak cantik dan baik. awak goreng keropok sedap. awak suka saya?"


yang nh lebih kemas rasanya kata Ahmad Nawab bukan di dalam hati. tapi kenapa tiba2 lepas bangun tidur cakap saya suka awak pulak. macam tak kena je.takut niat tu tak sampai pulak, macam panjang sangat je. bila nak luah perasaan nh ayat kena pendek dan bermakna. dieditnya oleh Ahmad Nawab buat kali terakhir.


"Hi,Sherry. buat apa tu. goreng keropok ke. awak goreng keropok sedap la. saya suka makan keropok terutamanya keropok ikan"


message delivered.

3 comments:

tak payah susun2 ayat,komen je.haha