Monday, June 28, 2010

linesman itu sebenarnya bekas pekerja tnb

england 1-4 germany

hati patah
jiwa remuk

balik dengan kecewa.

sampai rumah jam 4.55, tolak pintu slow2,
taknak bagi orang jaga.
masuk rumah tengok bapak gua depan tv tengah tidur.

slow2 gua jalan tanak bagi dia jaga.
sampai meja, letak wallet henfon barang2 semua.

tiba-tiba

"yeahhh german menang.haha"

cis tak tidur lagi rupanya dia. saje buat2 tidur ayam.
gua sedikit geram.
gua membuka syarahan berbentuk membackup betapa second goal itu adalah turning point dan bagaimana match akan berubah sekiranya gol itu dikira.
dia mendengar sambil mata tertutup.
seolah2 tidak mendengar.
dia sokong german sebab dulu pernah duduk german.
cis betul alasan menyokong.haha
setelah memberi kira-kira 2 perenggan kenyataan membidas kemenangan german dan tentang gol kedua terbabit gua menuju ke tangga.

rasa mahu naik ke bilik.
sangat kecewa dengan kekalahan england.
hati hancur, luluh
mahu tidur dan lupakan segala-galanya sebentar
ceh lebih2 pula.

satu demi satu anak tangga dinaiki.
mungkin gua dah boleh lupakan kekecewaan ini.
mungkin bukan tahun mereka.
mungkin mereka main tak cukup bagus.
yeah gua dah move on.
dah takkan fikir lagi.

yeahhh move on


sampai depan bilik, gua nampak bilik mak gua lampu terbuka.
gua selak langsir jenguk


nampak mak gua,

"england kena belasah.hahahahahaha"




okay fine

5 comments:

  1. sebagai yang tidak tahu tentang bola, saya sedikit terkejut apabila england kalah. dan maka dgn itu, GUA DA TAHU PUNCA LU MENYEPIKAN DIRI & SUARA LU LEMAH TAHAP NA MATI MASA GUA CALL LU TADI. YEAHHHH! :pppp

    ReplyDelete
  2. ahahhahaha....kena bahan dgn mak & ayah....uhuhuh

    ReplyDelete
  3. relax bro..
    gua pon kcewa gak..
    1 umah bhn gua,,,
    adeh...

    ReplyDelete

tak payah susun2 ayat,komen je.haha