Wednesday, January 20, 2010

sosiologi dan matematik

kamu duduk di atas kerusi di suatu sudut.
3 sudut lain dipenuhi oleh 3 orang lain.
masing-masing menunggu si dealer memulakan langkah.
dealer mula mengagih-agihkan kad kepada setiap pemain.
pemain terus menyusun kad mereka dengan rapi dan merancang strategi.
permainan bermula.
5 minit kemudian,kamu kalah.
tiada nasib.
kad diberi bodoh-bodoh belaka kata kamu.


benarkah?


perlu tahu,
dealer hanya memberi kad.
bagaimana mahu kamu mainkan adalah terpulang kepada kamu.
ianya sama seperti sosiologi dan matematik.
sosiologinya di mana kamu tidak boleh pilih apa yang kamu mahu,
matematiknya bagaimana kamu menyusun baik menggunakan apa yang ada.

tidak harus salahkan kad yang diberi.
nasib mungkin memainkan peranan,
tapi ianya peranan kecil dan tidak harus menjadi alasan.
kamu perlu buat yang terbaik dengan apa yang ada.
jangan difikirkan tentang kad yang tidak dapat.

dan satu lagi.
jika kad kamu bagus,
jangan fikir kamu pasti menang.

No comments:

Post a Comment

tak payah susun2 ayat,komen je.haha