Monday, July 26, 2010

mesin khurafat

65 kg

aku tak tahu samada mesin timbang dekat pasaraya Bintang itu bertauliah atau tidak.
tapi cas dikenakan adalah dua puluh sen maka mungkin ia ada credibility.

chi mei yang kini menggayakan rambut pendek ketawa sinis di sebelah.

tolak berat kasut yang aku agak2 seberat sekilo sebelah maka tolak 2 kilo dekat situ.

wallet aku walaupun hanya ada beberapa helai duit kertas akibat duit loan tak masuk lagi masih agak berat aku kira, mungkin ada setengah kilo pada perkiraan kasarku.

itu baru poket belakang.

poket kanan ada henfon sony yang aku rasa sudah bertambah berat sejak tukar housing dekat amoi comel tempoh hari. walaupun hanya pertukaran warna, ianya amat signifikan. aku baca buku dekat ptar 1 hari tu kata setiap warna ada berat mereka sendiri. masa tu aku tak percaya, sekarang percaya.

poket kiri pula ada kunci rumah, kunci motor dan segala duit syiling. duit syiling merupakan sesuatu yang amat berat tidak dilupakan juga aspek kepaduan mereka. kunci rumah aku pula besar, tombol rumah aku lebih besar daripada rumah biasa. aku naik scooter pula tu, scooter selalunya kunci berat.

jadi sekilo poket kanan campur 3 kilo poket kiri dah 4 kilo jumlah kena tolak kat situ.

lepas tu aku pakai 2 lapis baju hari ini mungkin itu juga itu sedikit sebanyak mengelirukan mesin penimbang.dengan jeans. jeans nh labuh sedikit.berat.tidak lupa juga tali pinggang. tali pinggang dah la sembilan puluh ringgit, jadi mesti berat.

lagi apa. oh ya masa timbang tu aku baru lepas makan nasik goreng mamak dekat khalifah dengan chi mei. jadi mungkin pertambahan berat yang tidak sepatutnya dikira oleh mesin timbang dah berlaku dekat situ. siap telur mata separuh masak lagi.kena tolak 2 kilo. baru adil.
kejap, pagi tadi punya roti canai khalifah makan dengan zikri, eka, apik, melati dan bella pun masih ada. walaupun banyak sembang pagi tadi, tenaga yang digunakan apalah sangat nak dibandingkan dengan roti canai. tolak 1 kilo.

akhirnya selepas ditolak benda-benda picis lain seperti berat rambut dan halaju sedutan angin ketika masa ditimbang aku congak-congak berat asli aku adalah 52 kg.


fuck mamak khalifah

10 comments:

  1. sama ada mesin tu menipu atau kau yang menipu.
    mari kita lihat, siapa yang kena~ hahah

    ReplyDelete
  2. kalu berat tu leh ditolak2 mcm tu..alangkah bahagia ye

    ReplyDelete
  3. oohh~~mmg mesin 2 menipu aek??hahhaha-

    ReplyDelete
  4. ko punye dagu kot yg berat.ngahahahahha kejam kejam

    ReplyDelete
  5. bal,penah tak dengar pepatah " tak pandai menari salahkan lantai berjongket "??

    takde kaitan pon,saje suke2 tanye.heee :D

    ReplyDelete
  6. han:
    dah ternyata mesin tu pendusta dunia

    kazaztan team:
    kita kena berlaku adil

    enchix landax:
    haa pandai kau

    jue:
    kau sorang je ada masalah dengan dagu aku dari dulu sampai sekarang. aku tak faham. meh sini kau aku nak lutut

    ReplyDelete
  7. faz:
    kaki kanan menyepak,kaki kiri juga terasa ingin sepak,kau pernah dengar yang nh tak

    ReplyDelete
  8. muahahahahahaha.jgn lah marah sgt bal. :D berat aku 57.9kg.gile aku dah gemuk skarang T_T

    ReplyDelete
  9. aku yang buncit ke depan dan ditambah pula dengan kutukan rakan karib merangkap jiran atas rumah yang ta habeshabes menggelarkan aku 'buncit katik' tuh bagaimana pula yea? eh janganlah fuck mamak khalifah. gua sayang dia.

    ReplyDelete
  10. faz: perlu ke point2. 58 sudah. kah kah

    iqa: fuck mamak khulafa

    ReplyDelete

tak payah susun2 ayat,komen je.haha